Kelas Pembangunan Blog Kreatif
3 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 2 Februari 2020 yang lalu, Pusat Internet Malaysia Engkilili telah mengadakan Kelas Blog dan Website kepada pelajar SMK Engkilili. Kelas ini telah disertai 5 orang pelajar.
Pengisian pertama dalam kelas ini adalah membuat akaun emel menggunakan Gmail. Peserta kemudian diberi penerangan ringkas tentang apa itu blog dan website. Kelas diteruskan dengan cara mendaftar dan membuat akaun blog dan website serta cara untuk mengemaskini blog yang telah dihasilkan. Kelas ini diadakan selamat 4 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: